comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Johor: Dua laluan utama di Mersing ditutup

FOTO: NSTP/JKR Mersing

JOHOR BAHRU: Dua laluan utama di Mersing terputus hubungan dan ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas dinaiki air sehingga 0.15 meter.

Dua laluan yang ditutup itu ialah Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Masuk Tenggaroh Timur-Tanjung Leman, yang berarus deras serta berbahaya kepada semua jenis kenderaan.

Manakala hanya kenderaan berat dibenarkan melalui Jalan Tenglu Laut, di Mersing berikutan ia dinaiki air bah sehingga 0.2 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan mematuhi notis dipasang di laluan dinaiki air sebagai langkah keselamatan.

Jalan Masuk Tenggaroh Timur-Tanjung Leman, Mersing ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan berikutan arus deras serta berbahaya kepada pengguna. – FOTO: NSTP/JKR Mersing

“Tiga laluan di Kota Tinggi juga dinaiki air banjir antara 0.1 hingga 0.3 meter, namun masih boleh dilalui kenderaan.

“Ia membabitkan Jalan Kota Tinggi-Mersing FT003 yang dinaiki 0.1 air bah menjadikan laluan kiri terhalang namun boleh dilalui semua kenderaan dengan berwaspada.

“Jalan Seri Perani, Kota Tinggi pula dinaiki air bah sehingga 0.3 meter dengan laluan dibuka satu lorong.

“Bagaimanapun, Jalan Kimlong, Kota Tinggi yang dinaiki air bah sehingga 0.2 meter adalah berarus deras dengan hanya satu lorong dibuka motosikal tidak digalakkan melalui jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini