Tumpuan :
Bencana

Banjir Johor: Air mula turun ke Sri Gading, Parit Raja

FOTO: Datuk Onn Hafiz Ghazi / Facebook

BATU PAHAT: Air banjir di pekan Sri Medan di sini yang ditenggelami banjir sejak Rabu lalu mulai surut dan boleh dilalui kenderaan berat.

Bagaimanapun tinjauan di kawasan sekitar Sri Medan mendapati air banjir masih ‘termenung’ dikawasan depan deretan kedai, Masjid Pekan Sri Medan, Pejabat Pos Sri Medan dan beberapa kawasan lain berdekatan.

Malah jalan terputus di Parit Yaani menghala ke Sri Medan masih berarus dan hanya dibuka untuk kenderaan berat dan pacuan empat roda sahaja.

Menurut Pegawai Daerah Batu Pahat, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Batu Pahat, Nasri Mohd Ali berkata, cuaca cerah dan panas namun keadaan air masih naik kerana berlaku pertambahan kuantiti aliran air sungai dari Chaah, Segamat.

“Bukaan Empangan Bekok dan Empangan Semberong pada kadar yang terkawal. Dua faktor ni punca utama, air naik di daerah ini sehingga hampir 30,000 mangsa ditempatkan setakat tengahari tadi.

“Kalau ikut trend mangsa meningkat kerana ketika ini aliran air turun ke Parit Raja dan Sri Gading,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Nasri, setakat ini terdapat 11 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini terpaksa ditutup kerana dinaiki air banjir.

Katanya kesemua mangsa telah dipindahkan ke PPS yang lebih selamat.

“11 PPS itu membabitkan lapan PPS di Dun Sri Medan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Comel, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa, Sekolah Agama (SA) Sri Comel, SK Sri Sejati, SA Kamoung Jawa, SK Parit Ju dan Masjid Selulun di Simpang Kiri.

“Sebuah PPS di Dun Semarang iaitu SK Tanjung Sembrong, dua buah PPS di Dun Parit Raja iaitu SK Parit Jambul Laut dan SK Parit Sempadan Laut,”katanya.

Loading...
Terkini