Tumpuan :
Nasional

Banjir Johor: 5 PPS Kota Tinggi ditutup

KOTA TINGGI: Lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di daerah ini ditutup petang tadi.

Semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut.

Menurut kenyataan bilik gerakan pengurusan bencana negeri, arahan penutupan PPS itu diedarkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana daerah Kota Tinggi jam 6.30 petang.

Lima PPS berkenaan ialah SJK(C) New Kota, SK Laksamana, Dewan Muafakat Pasak Indah, Johor Lama dan Dewan Kampung Baru, Sungai Mas, Bandar Penawar, Pengerang.

Bagaimanapun tiga buah PPS masih beroperasi iaitu PPS SK Sungai Telor, SK Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat.

Hingga kini 6 PPS masih dibuka di empat daerah di Johor yang menempatkan 440 mangsa daripada129 keluarga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini