comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Hanya satu keluarga diarah berpindah selepas rumah dinaiki air

FOTO: Ihsan PDRM Kluang

KLUANG: Beberapa kawasan rendah di daerah ini mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, berdasarkan pemantauan yang dijalankan mendapati beberapa buah rumah telah dinaiki naik termasuk di Kampung Palembang dan Kampung Bentong.

“Sebuah rumah di kampung Bentong telah diarah berpindah ke kawasan yang selamat. Pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Pasukan Boatman dari semasa ke semasa” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Boatman yang dianggotai lima pegawai rendah ditugaskan memantau dan membantu penduduk sekiranya rumah mereka dilanda banjir.

Katanya lagi, orang ramai diminta terus berwaspada dan berhati-hati dalam menghadapi situasi banjir memandangkan cuaca yang tidak menentu.

Mereka diminta patuh kepada arahan dan nasihat berpindah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

ACP Bahrin berkata, orang ramai boleh menghubungi Pusat Bilik Gerakan IPD Kluang di talian 07-7766822 atau menghubungi mana-mana balai yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan sekiranya mereka terbabit banjir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini