comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Enam lagi PPS dibuka di Kedah

FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini untuk menempatkan 3,464 mangsa daripada 982 keluarga di tujuh daerah di negeri ini, setakat 9 pagi tadi.

Ini menjadikan jumlah PPS yang beroperasi di Kedah setakat ini adalah 28.

Berdasarkan laman web Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, mangsa banjir terus bertambah di daerah Kota Setar iaitu seramai 1,205 mangsa daripada 342 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Manakala, satu PPS di daerah Bandar Baharu yang baru dibuka semalam menempatkan seramai 113 mangsa daripada 25 keluarga.Di Kubang Pasu, 704 mangsa daripada 214 keluarga masih ditempatkan di tujuh PPS yang dibuka sejak Isnin lalu.

Selain itu, mangsa banjir di daerah Pendang pula menempatkan seramai 429 mangsa daripada 108 keluarga di tiga PPS, manakala 773 mangsa daripada 213 keluarga ditempatkan di tiga PPS daerah Pokok Sena.

Selain itu, daerah Kuala Muda menempatkan seramai 131 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di tiga PPS dan daerah Kulim pula, tiga PPS menempatkan seramai 86 mangsa daripada 26 keluarga.

Dalam pada itu, tujuh sungai di negeri ini menunjukkan trend menaik dan sudah melepasi tahap bahaya setakat jam 8 pagi hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini