comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Dua PPS aktif di Kedah termasuk satu baru dibuka di Pendang

Dua PPS aktif di Kedah, masing-masing di daerah Pendang dan Changlun. Foto NSTP

ALOR SETAR: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini menjadikan dua PPS aktif di Kedah yang menempatkan jumlah keseluruhan mangsa banjir adalah 229 mangsa daripada 69 keluarga setakat jam 8 malam ini.

PPS baharu itu dibuka di daerah Pendang yang menempatkan seramai 48 mangsa daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Kompleks Sukan Tanah Merah yang dibuka jam 6 petang hari ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun juga meningkat seramai 181 mangsa daripada 58 keluarga.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat berbanding 162 mangsa daripada 63 keluarga pada jam 6 petang hari ini.

“Setakat ini dua PPS itu aktif dan menempatkan seramai 75 lelaki dewasa, 71 wanita dewasa, 80 kanak-kanak, tiga bayi dan 27 warga emas dan tiga orang kurang upaya (OKU).

“PPS di Pendang menempatkan penduduk dari lima kampung iaitu Kampung Sungai Mati, Kampung Banggol Besi, Kampung Belakang Pondok Tanah Merah, Kampung Belakang Pendang Dan n Kampung Seberang Pendang.

“Sementara di Changlun pula, semua mangsa adalah dari lapan kampung iaitu Kampung Nangmah, Kampung Belakang Sekolah Dato Kemara, Kampung Kubang Kayu, Kampung Paya Lantau, Kampung Paya Nongmi, Kampung Belukar, Kampung Bendang Tok Leh dan Kampung Padang Halban,” katanya.

Dalam pada itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, empat sungai di Kedah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 7 petang hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini