comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Dua negeri masih terjejas, jumlah mangsa di Kedah meningkat

 

KUALA LUMPUR: Dua negeri Kedah dan Perlis masih terkesan banjir dengan jumlah keseluruhan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan seramai 1,961 orang.

 

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8 pagi ini Kedah terus mencatatkan peningkatan kepada 1,917 orang terdiri 591 keluarga yang dipindahkan ke 15 buah PPS.

Empat daerah dilanda banjir dilaporkan di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling.

Sementara itu, satu PPS beroperasi di Perlis iatu di daerah Arau yang menempatkan 44 mangsa daripada 16 keluarga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini