KUALA TERENGGANU: Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini meletakkan situasi banjir di Terengganu sebagai pulih sepenuhnya.
Semua pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
Tinjauan kru kami, Mohd Ishak Abdillah Ngah mendapati rata-rata penduduk yang terlibat ketika ini lebih fokus dalam membersihkan premis dan kediaman masing-masing.
Dan meskipun mendapat bantuan ramai sukarelawan, sebahagian lumpur dan selut telah menjadi kering dan menyukarkan kerja pembersihan.
Ketika kemuncak banjir, sesetengah kawasan merekodkan paras air banjir sehingga 3 meter tinggi.
Banyak kenderaan dilaporkan dimasuki air.
Jumlah kerugian agak tinggi terutama apabila sebahagian mereka turut mengalami kerosakan pada rumah dan harta benda.
NADMA dalam laporan awalnya sebelum ini menyebut terdapat 463 orang daripada 149 keluarga masih berlindung di dua PPS terakhir yang masih beroperasi di Dungun setakat jam 8 pagi tadi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.