KUALA TERENGGANU: Jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini bertambah menjadi 826 orang dalam tempoh dua jam mulai 6 petang tadi, berbanding 700 mangsa sebelumnya.
Sehingga jam 8 malam ini, jumlah PPS dibuka bagi menempatkan mangsa daripada 253 keluarga itu juga bertambah kepada 19, meningkat sebanyak empat pusat.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri, lima PPS yang baru dibuka adalah tiga di daerah Dungun dan masing-masing satu di daerah Setiu serta Hulu Terengganu, manakala daerah Marang kekal satu PPS.
Penduduk dipindahkan ke sembilan PPS di Dungun seramai 439 orang daripada 118 keluarga, 302 daripada 113 keluarga di enam PPS di Hulu Terengganu, 73 penduduk daripada 19 keluarga dipindahkan ke PPS di daerah Setiu, manakala 12 daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS daerah Marang.
Sehingga jam 8 malam ini, hujan masih melanda beberapa kawasan di Terengganu.