comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Selangor: OKU antara 26 mangsa berpindah ke PPS

Anggota APM membuat pemeriksaan di sebuah rumah susulan banjir di Sungai Panjang hari ini. – Foto ihsan bomba

SUNGAI BESAR: Seramai 26 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di Sungai Panjang, hari ini.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani, berkata semua mangsa berlindung di PPS Dewan Hala Cara Baru Sungai Panjang yang dibuka jam 5.30 petang.

Katanya, semua mangsa terdiri masing-masing 13 lelaki dan 13 wanita.

“Sebuah rumah di Kampung Parit 16 Tanjung Medan dilanda banjir akibat limpahan air sungai, manakala di Kampung Belia Dua juga sebuah rumah dinaiki air,” katanya ketika dihubungi.

Samsol Maarif berkata, seramai enam keluarga mendaftar masuk ke PPS terdiri enam lelaki, wanita (10), kanak-kanak lelaki (6), kanak-kanak perempuan (1), masing-masing seorang lelaki dan wanita warga emas dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) pada jam 6.30 petang tadi.

“Agensi yang terbabit adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), polis, bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini