KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih dengan 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah ditutup semalam dan malam tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, setakat jam 4.00 petang tadi, seramai 9,517 mangsa banjir masih ditempatkan di semua PPS di enam bahagian terlibat.
Katanya, lima daerah yang mengalami bencana banjir telah diisytihar sudah pulih meliputi Kuching, Bau, Asajaya, Saratok dan Kapit.
Berikutan itu, jumlah PPS mangsa banjir yang aktif sehingga jam 4.00 petang ini kini berjumlah 42 dengan mangsa yang masih berlindung seramai 9,517 daripada 2,756 keluarga.
Daripada 42 PPS yang masih aktif, Miri memcatat jumlah tertinggi iaitu 13, Serian (7), Bintulu (9), Sibu (5), Samarahan (4) dan Mukah (3).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.