Tumpuan :
Nasional

Banjir di Perlis dan Perak tidak banyak berubah, hujan lebat diramal di 6 negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perlis dan Perak tidak menunjukkan perubahan ketara.

Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Perlis hanya meningkat 1 orang kepada 519, berbanding 518 mangsa malam tadi.

Manakala di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 136 orang daripada 40 keluarga di dua PPS di Kerian.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memberi amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di enam negeri hingga 11 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca itu diramal melanda negeri-negeri di utara semenanjung iaitu Perlis, Pulau Pinang, Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).

Keadaan sama juga diramal berlaku di Selangor iaitu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Turut diramal mengalami cuaca sama ialah Sarawak membabitkan kawasan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini