Tumpuan :
Nasional

Banjir di Perak: Mangsa dipindahkan ke PPS meningkat

FOTO: APM Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Situasi banjir di Perak menyebabkan peningkatan ketara jumlah mangsa yang dipindahkan ke 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah.

Ia meningkat 220 orang sejak tengah malam tadi, menjadikan jumlah mangsa kini adalah seramai 625, setakat jam lapan pagi tadi.

Kuala Kangsar menjadi daerah tertinggi, membabitkan 342 orang daripada 94 keluarga.

Selain Kerian dengan 111 mangsa daripada 35 keluarga, diikuti 172 mangsa daripada 56 keluarga di Hulu Perak.

Sebuah PPS juga telah dibuka di Muallim sebagai langkah persediaan susulan peningkatan paras air di beberapa kawasan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini