Tumpuan :
Nasional

Banjir di Muallim, 400 mangsa pindah ke 2 PPS malam tadi

Anggota APM Daerah Muallim memantau tempat penginapan mangsa banjir di PPS Kampung Asli Cinggong, pagi ini. -FOTO: Ihsan APM

TANJUNG MALIM: Seramai 400 mangsa banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka di Kampung Asli Cinggong dan Kampung Sungai Sekiah, dekat Behrang, dinaiki air malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten Shahrizal Hussin berkata, hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan paras air Sungai Cinggong naik dan melimpah ke kawasan kampung berkenaan.

Beliau berkata, seramai 380 mangsa membabitkan 77 keluarga dipindahkan ke PPS dekat Dewan Kampung Asli Cinggong.

“Semua mangsa dilaporkan selamat dan dipindahkan ke dewan berhampiran kampung berkenaan.

“Satu lagi kejadian banjir berlaku di Kampung Sungai Sekiah membabitkan 20 penduduk dipercayai akibat limpahan Sungai Sekiah berhampiran kampung berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrizal berkata, 20 mangsa banjir membabitkan 10 keluarga itu dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah.

Katanya, banjir ini menjadikan 400 mangsa membabitkan 87 keluarga kini berlindung di dua PPS di daerah Muallim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini