comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Kedah: Mangsa berkurang kepada 1,550 orang

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 1,550 mangsa daripada 468 keluarga setakat jam 8 malam ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata12 PPS masih aktif di empat daerah.

Beliau berkata, lima PPS masih aktif di daerah Kota Setar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 300 mangsa daripada 102 keluarga, manakala PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas menempatkan seramai 94 mangsa daripada 33 keluarga.

“PPS di SK Seri Gunung pula menempatkan seramai 128 mangsa daripada 39 keluarga dan SK Titi Gajah pula menempatkan 55 mangsa daripada 32 keluarga, manakala SMK Alor Merah pula menempatkan 79 mangsa daripada 27 keluarga,” katanya.

Muhammad Suhaimi berkata, di Pokok Sena hanya dua PPS dibuka iaitu SK Bukit Hijau yang masih menempatkan seramai 208 mangsa daripada 57 keluarga dan PPS Maahad Tarbiyah Derang menempatkan seramai 108 mangsa daripada 27 keluarga.

Menurutnya lagi, empat PPS di Baling pula masih beroperasi iaitu di SK Iboi seramai 94 mangsa daripada 36 keluarga, SMK Jerai pula seramai 56 mangsa daripada 12 keluarga serta SK Kampung Keda pula menempatkan seramai 98 mangsa daripada 26 keluarga.

“Satu lagi PPS di daerah itu iaitu Surau Annur menempatkan seramai 276 mangsa daripada 67 keluarga,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini