Tumpuan :
Nasional

Banjir di Kapit surut sepenuhnya

Oleh: Kadir Edison

KAPIT: Beberapa kawasan di sekitar Kapit yang dilanda banjir awal pagi tadi, dilaporkan telah surut sepenuhnya.

Bagaimanapun pemantauan keselamatan masih terus dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda bencana tanah runtuh.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, banjir yang melanda kawasan panjang di Rumah Engkeng, Sungai Amang surut sekitar jam 1.00 petang tadi.

“Kejadian banjir yang melanda kawasan ini telah mengakibatkan banyak kenderaan milik penduduk yang diparkir di perkarangan rumah panjang terbabit mengalami kerosakan selepas di tengelami air banjir,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Dalam kejadian awal pagi tadi, kawasan Rumah Engkeng, Sungai Amang dinaiki air setinggi tiga meter dan hampir mencecah lantai rumah panjang berkenaan.

Bomba juga katanya turut melakukan operasi menyelamat membabitkan seorang wanita yang sarat mengandung, yang kemudiannya selamat melahirkan bayi perempuan di Unit Kecemasan Hospital Kapit.

Henderi berkata, pemantauan terus dilakukan di tiga kawasan iaitu di Taman Bian Hua dan Simpang Mamat, Danau Sebabu dan Rumah Ringgit, Nangga Sebilat, Jalan Bukit Goram di sini, susulan kejadian tanah runtuh.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam dua kejadian terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini