comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir di Johor: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 538

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU : Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 538 orang berbanding 463 orang pagi tadi.

Semua mangsa dari 5 buah kampung kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di PPS dewan Muafakat Kangkung cahaya Baru, Tiram dan PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Puteri Wangsa.

 

Di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru menempatkan seramai 227 mangsa dari 80 keluarga dari dua buah kampung iaitu kampung Sentosa Damai dan Sentosa Barat.

Foto: APM Johor

Manakala di PPS SK Bukit Mutiara menempatkan 311 mangsa dari 81 keluarga dari tiga kampung termasuk Kampung Paya Kenangan, Pasir Tebrau dan Kangar Tebrau.

Menurut kenyataan pusat pengurusan bencana negeri, PPS SK Bukit Mutiara di Tebrau adalah PPS terbaharu yang dibuka jam 10 pagi tadi.

Tiga kawasan iaitu Kukup, Johor Bahru dan Tanjung Sedeli yang mencatat paras air pasang tinggi pada tengahari tadi kembali normal petang ini.

Hingga petang ini tiada sebarang kehilangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

Loading...
Terkini