comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir di Johor bertambah buruk, enam daerah terjejas

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor  bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir di enam daerah terjejas seluruh negeri ini meningkat secara mendadak sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir di Johor kini mencecah 4,834 orang daripada 1,413 keluarga berbanding 3,322 orang daripada 1,007 keluarga pada jam 8 malam, yang ditempatkan di 50 pusat penempatan sementara (PPS).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, enam jalan di Kota Tinggi dan satu jalan di Johor Bahru terjejas dengan banjir selepas dinaiki air.

Daripada jumlah itu, Jalan Kota Tinggi – Kluang dan Jalan Tai Hong di Kota Tinggi serta Jalan Maju Jaya-Selong di Johor Bahru ditutup bagi semua jenis kenderaan.

Sementara itu, enam sungai di negeri ini dilaporkan sudah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah malam tadi.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam sungai terbabit adalah Sungai Kahang di Kluang; Sungai Siam di Kulai serta Sungai Kepala Orang, Sungai Johor dan Sungai Linggiu di Kota Tinggi.

Loading...
Terkini