comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di 3 negeri belum pulih, 299 mangsa masih berlindung di PPS

Foto: Bomba Beaufort/ Facebook

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di tiga negeri masih belum pulih dengan jumlah mangsa banjir berlindung di empat pusat pemnindahan sementara (PPS) seramai 299 orang setakat jam 9 pagi ini.

Di Perak, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN)  memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada  38 orang pagi ini berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga malam tadi.

Kesemua mereka masih berlindung di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian.

Manakala di Sabah, JBPN memberitahu jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal dengan seramai 228 mangsa daripada 72 keluarga yang masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon, pagi ini.

Foto: Bomba Beaufort/ Facebook

“Semua mangsa merupakan dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu.

Situasi sama juga dilapor di Sarawak, dengan jumlah mangsa banjir  di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga, setakat pagi ini. –  BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini