SHAH ALAM: Seramai 47 mangsa banjir masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah yang terjejas, setakat jam 8 malam tadi.
Mereka terdiri daripada 12 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, tiga daerah itu adalah Kuala Selangor, Petaling dan Klang.
“Untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, seramai 20 mangsa daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di PPS itu.
“Manakala Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Laman Puteri (lapan mangsa daripada satu keluarga) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa (19 mangsa daripada empat keluarga),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nasional
Banjir: 47 mangsa masih ditempatkan di tiga PPS di Selangor
Loading...
Terkini