comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: 4 PPS di Kluang ditutup, 8 masih beroperasi di 3 daerah

Foto ihsan APM

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor mula menunjukkan penurunan apabila empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kluang ditutup pada jam 2 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, seramai 412 mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, SK Seri Kampung Renggam, SK Simpang Renggam dan SK Seri Kencana dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya ia susulan kawasan kediaman mereka telah pulih dari banjir berikutan keadaan cuaca cerah hari ini.

“Setakat ini, seramai 530 mangsa daripada 147 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Kluang, Batu Pahat dan Pontian.

“Di Kluang terdapat empat PPS masih lagi dibuka menempatkan 318 mangsa daripada 56 keluarga.

“Ia membabitkan Dewan Kampung Kolam Air (58 mangsa, 13 keluarga), Dewan Terbuka Kampung Paya Palembang (62 mangsa, 17 keluarga), Balairaya Parit Haji Hashim (32 mangsa, 11 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau (166 mangsa, 45 keluarga),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azmi, sebuah PPS baru dibuka di Pontian menjadikan tiga PPS dibuka di daerah berkenaan yang membabitkan seramai 197 mangsa daripada 59 keluarga.

Katanya seramai keluarga berbanding 135 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di SK Seri Anom, SK Parit Markom (43 mangsa, 13 keluarga) dan Kompleks Muafakat Kampung Sungai Pinggan (19 mangsa, 4 keluarga).

“Batu Pahat kekal seramai 15 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di sebuah PPS di SK Seri Bunut,”katanya.

Menurut laporan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), dua sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Sembrong di batu Dua Sembrong di Batu Pahat (3.21 meter) dan Sungai Kesang di Sungai Tangkak Kampung Sri Makmor (3.57 meter)

Laporan JPS juga menunjukkan tujuh sungai sudah berada pada paras waspada iaitu Sungai Benut di Pintu Air Parit Salleh iaitu 2.08 meter, Sungai Lenik di Ladang Chaah di Batu Pahat (5.12 meter) dan Sungai Sarang buaya di Muar (2.38 meter).

Manakala Sungai Muar di Simpang Lima Darat dalam daerah Tangkak berada para paras 4.06 meter, Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (2.66 meter), Sungai Jemaluang di Sungai Paya Dato dekat Mersing (1.16 meter) dan Sungai Johor di Kota Tinggi (2.02 meter).

Manakala ramalan cuaca oleh Jabatan Meterologi Malaysia, setakat jam 3 petang meramalkan hujan lebat dan ribut petir di daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang dan Kulai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini