Tumpuan :
Bencana

[VIDEO] Banjir: 3 sekolah di Batu Pahat masih digenangi air

 

 

BATU PAHAT: Tiga buah sekolah di Batu Pahat, Johor masih ditutup kerana digenangi air akibat banjir sejak awal Mac lalu.

Pegawai Daerah, Nasir Md Ali bagaimanapun berkata, 76 sekolah lain yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir sebelum ini akan kembali beroperasi bagi sesi persekolahan 2023/2024 bermula Ahad ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah itu berkata demikian selepas meninjau keadaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datin Onn Jaafar, siang tadi.

“Sekolah yg dibuka dlm keadaan baik, kerja pembersihan masih berjalan insyaallah 19 ni pembukaan sekolah dengan selesa seperti sediakala..” katanya.

Tambahnya, sekolah yang masih terkesan banjir dan tidak boleh beroperasi itu ialah Sekolah Kebangsaan, SK Tanjung Sembrong, SK Seri Mendapat dan SK Seri Nasib Baik.

230 murid di ketiga-tiga sekolah itu dijangka mengikuti sepenuhnya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Manakala, 30 buah sekolah lagi yang masih dijadikan PPS di sekitar daerah itu akan menjalani kaedah PDP yang bersesuaian.

Loading...
Terkini