KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus meningkat dengan 19,375 mangsa membabitkan 5,798 keluarga ditempatkan di 192 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Perlis dan Kedah setakat jam 5.30 petang ini.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu, seramai 17,007 mangsa daripada 5,057 keluarga di sembilan daerah di Kelantan berlindung di 113 PPS.
Di Terengganu, jumlah mangsa ialah 2,307 daripada 723 keluarga membabitkan enam daerah dan ditempatkan di 74 PPS, manakala di Johor pula 28 mangsa daripada lapan keluarga di satu PPS.
Di Perak pula jumlah mangsa 20 orang daripada tujuh keluarga di satu PPS dan Perlis pula empat mangsa daripada satu keluarga di 2 PPS.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.