comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bangunan runtuh di Pulau Perhentian, 4 dipercayai tertimbus 

Foto: NSTP

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

BESUT: Runtuhan bangunan resort dalam pembinaan di Pulau Perhentian di Besut pagi ini menggemparkan penduduk dan pengunjung sekitar.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi tadi, terdapat beberapa pekerja warga asing tertimbus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh, berkata daripada maklumat awal, empat mangsa dihantar ke Klinik Pulau Perhentian sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

“Empat mangsa lagi dipercayai masih tertimbus bawah runtuhan.

“Empat anggota bomba dihantar awal ke lokasi sementara tambahan anggota akan dihantar secara berperingkat menaiki bot,” katanya ketika dihubungi.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini