KUALA TERENGGANU: Sebuah bangunan dua tingkat berusia lebih 50 tahun, milik usahawan songket terkenal Terengganu, Nor Atikah Songket di Kampung Pulau Rusa di sini, terbakar malam tadi.
Kejadian berlaku jam 10 malam menyebabkan kerugian hampir RM1.5 juta.
Menurut pemiliknya, Burhan Ashari, 68 tahun ketika kejadian dia bersama enam pekerja keluar makan malam dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Sebaik tiba, saya dapati api marak di tingkat atas bangunan dan kami berusaha membawa keluar sebuah kereta milik saya, MG Rover dan tiga motosikal milik pekerja, namun gagal,” katanya yang juga anak kepada pengusaha songket terkenal, Nor Atikah Songket.
Menurutnya terdapat banyak bahan mudah terbakar kerana bahagian atas adalah stor bagi menyimpan kira-kira 10,000 pasang stok baju Melayu, jubah dan kurta, lebihan jualan Aidilfitri lalu milik anaknya, Mohd Amir Imran, 36,.
“Bahagian bawah pula dijadikan pejabat dan pameran ukiran kayu untuk pasaran serta songket lama peninggalan arwah ibu”, ujarnnya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Ibni Hajar berkata lapan jentera bersama 38 anggota digegaskan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu.
Jelasnnya api sukar dipadamkan kerana tekanan air rendah.
Kebakaran hanya dapat dikawal 20 minit kemudian.
Bangunan dua tingkat itu katanya terbakar 100 peratus.
Punca kebakaran masih disiasat.
@buletintv3 Bangunan Nor Atikah Songket terbakar #beritatiktok #buletintv3