comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangkai penyu reput tanpa kepala

Bangkai seekor penyu tanpa kepala dijumpai terdampar di pesisiran Pantai Benting Lintang, Besut petang semalam.

BESUT: Bangkai seekor penyu tanpa kepala dijumpai terdampar di pesisiran Pantai Benting Lintang di sini petang semalam.

Ketua Geng Plastik Hijau (GPI) Daerah Besut Afifah Ab Aziz berkata, keadaan cengkerang bangkai berkenaan sudah mereput serta tiada kepala.

Katanya, berdasarkan maklumat penduduk setempat, bangkai itu ditemukan kira-kira jam 5.30 petang sebelum orang awam menghubungi pihaknya.

“Cengkerang itu tidak boleh diangkat kerana sudah hampir reput serta berbau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Afifah berkata, penyu itu dipercayai mati di laut sebelum dihanyutkan ombak ke pesisir pantai berkenaan.

Katanya, pihaknya sudah memaklumkan dan membuat laporan berhubung penemuan itu kepada Pegawai Perikanan Daerah Besut untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, ia bangkai penyu pertama yang ditemukan di pantai itu pada tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini