![](https://media.buletintv3.my/2023/12/nMhYOng1-BTV3-WORK.jpg)
MELAKA: Malam Bandaraya Melaka Berselawat yang menjadi pembuka tirai sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, malam ini, dibanjiri lebih 80,000 umat Islam.
Program anjuran kerajaan negeri bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Pertubuhan Rizq Melaka mempersembahkan selawat dan qasidah yang diketuai Habib Ali Zainal Abidin Assegaf.
Ceramah khas turut disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid bersama Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim Al-Zahari dan Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin Abdul Rahim.
Bermula selepas solat Maghrib, program itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Hadir sama, Mufti Negeri, Datuk Abd Halim Tawil; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari serta Exco Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin.
Pelancaran rasmi TMM2024 diadakan serentak dengan Sambutan Tahun Baharu 2024 yang berlangsung di Dataran Pengkalan Rama, di sini bermula jam 7.30 malam esok.