comscore
Tumpuan :
Nasional

Balak pokok getah berpotensi jana pendapatan RM200 juta setahun

Ahmad Zahid menyampaikan peruntukan pembangunan Risda di Dataran Uptown Kluang hari ini. – FOTO: NSTP

KLUANG: Sejumlah 420,000 hektar balak pokok getah yang tidak dapat dijalankan penorehan ataupun getah matang perlu ditebang sekali gus menjana pendapatan untuk peneroka atau pekebun Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) sehingga RM2 bilon dalam tempoh 10 tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mengikut unjuran dibuat, penerbangan pokok getah itu akan dilakukan secara berfasa membabitkan 42 hektar setahun.

Beliau berkata, melalui kaedah itu, peneroka atau pekebun RISDA mampu menjana pendapatan sebanyak RM200 juta setahun ataupun RM2 bilion untuk tempoh 10 tahun.

“Kita dapati terdapat 420,000 hektar kebun getah tidak boleh dijalankan untuk penorehan dan juga merupakan getah matang ataupun getah lama.

“Jadi, saya sudah beritahu kepada Pengurus Besar RISDA supaya kita mesti menebang pokok ini untuk dijadikan bahan kayu serta bahan perabot.

“Tetapi, jangan dijual barangan daripada bahan itu tanpa melakukan ‘downstream’ (hiliran) terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Risda Madani (Karisma) Zon Selatan 2024 di Dataran Uptown Kluang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Onn Hafi Ghazi, Pengerusi Risda, Manndzri Nasib dan Pengurus Besar Risda, Zainal Azni Zulkifli.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan, penerbangan ini akan dilakukan membabitkan 42 hektar setahun.

“Balak pokok getah yang ditebang bagi penanaman pokok baru boleh dijadikan ‘timber’ bagi menjana pendapatan sampingan.

“Timber atau bahan kayu ini boleh dijadikan bahan membuat perabot yang boleh dijual sebelum proses treatment (tanam semula) dilakukan,” katanya.

Tahun lalu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebanyak 420,000 hektar ladang pekebun kecil yang boleh menghasilkan 585,000 metrik tan susu getah setahun dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM2.3 billion tidak ditoreh.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku akibat kekurangan pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja menoreh getah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini