comscore
Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: Syarikat Pemula Pertanian Berteknologi Moden Disediakan Dana RM250 Juta

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Dana permulaan sebanyak RM250 juta akan disediakan kepada syarikat pemula pertanian berteknologi moden bawah program pelaburan Agrovest oleh Agrobank.

Selain itu, pelaburan RM200 juta oleh Khazanah Nasional Berhad bawah Dana Impak, akan turut disediakan bagi mempertingkat pendapatan dan produktiviti pekebun kecil.

Program Digital AgTech bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pula akan diperluas kepada 264 Pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh negara, dengan peruntukan RM20 juta bagi melatih lebih ramai pekebun kecil supaya beradaptasi dengan teknologi digital.

Seterusnya, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia yang dirancang turut memberi fokus kepada galakan tanaman makanan rendah Tahap Sara Diri (SSL) seperti cili, halia dan kubis, dalam kalangan isi rumah terpilih.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan Skim Pembiayaan Agrofood BNM pada kadar 3.5 peratus untuk pengusaha agromakanan meningkatkan produktiviti pengeluaran, dengan disediakan dana RM1 bilion. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini