comscore
Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: Subsidi Bil Elektrik RM40 Untuk Isi Rumah Miskin Tegar

Gambar hiasan. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi subsidi bil elektrik sehingga RM40 kepada isi rumah miskin tegar melalui e-Kasih.

Bermula 2023, pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah, berbanding syarat semasa RM980 ke bawah.

Menerusi peluasan syarat penerima bantuan mengikut PGK Makanan itu akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini