Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: Peruntukan RM188 Juta Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Bawah KEMAS

FOTO: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM188 juta bagi pendidikan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui Bajet 2023.

Ia termasuk pembinaan sebanyak 10 taska KEMAS serta tiga projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan, Limbang, Sarawak dan Pasir Puteh, Kelantan.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju melanjutkan pelepasan cukai bayaran yuran TASKA dan TADIKA sehingga RM3,000 bagi yang berdaftar dengan kerajaan sehingga tahun taksiran 2024.

Mengenai kebajikan anak-anak di bawah jagaan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, kerajaan akan menubuhkan Pusat Transit-Anjung Sinar sebagai pusat sementara untuk mereka berteduh sebelum mendapat pekerjaan dan memulakan kehidupan baharu.

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga akan membantu mereka dengan peluang pekerjaan bersesuaian. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini