Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: Pas My50 Diteruskan Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 tahun depan bagi membantu mengurangkan kos pengangkutan penduduk Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata menerusi inisiatif My50 dalam Bajet 2023 itu, sekitar 180,000 pengguna boleh menikmati penjimatan kira-kira RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.

“Secara purata, warga Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas ke tempat kerja perlu berbelanja sekitar RM200 sebulan.

“Untuk mengurangkan kos perjalanan, kerajaan akan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk dimanfaatkan hampir 180,000 pengguna.

“Ini bermakna My50 sebenarnya memberi subsidi (kepada) pengguna sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun,” katanya. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini