KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) kepada RM5.2 bilion.
Skop MARRIS akan diperluas untuk merangkumi kerja penyelenggaraan jalan pertanian negeri di bawah seliaan lembaga kemajuan pertanian dalam usaha mengoptimumkan peruntukan berkenaan.
Malah, kerajaan negeri dibenarkan untuk menggunakan peruntukan MARRIS bagi membaiki dan mengganti jalan, jambatan serta longkang rosak akibat bencana banjir, selain terus membenarkan penggunaan sehingga 20 peratus dana MARRIS bagi penyelenggaraan luar skop. -BERITA HARIAN