KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk pendengaran rayuan.
Dia yang memakai baju jubah merah jambu, dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota penjara.
Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk pendengaran rayuan.
Dia yang memakai baju jubah merah jambu, dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota penjara. pic.twitter.com/UBlRszfolh
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 14, 2023
Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.