comscore
Tumpuan :
Nasional

Bahan kimia dikesan dibuang di Sungai Plentong – JAS Johor

Ling Tian Soon (kanan) melawat lokasi beberapa bungkusan tidak dikenal pasti ditemui dibuang di anak Sungai Pandan di Taman Daya. – FOTO: Ihsan Pejabat EXCO

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor berjaya menemukan satu lagi lokasi baharu pembuangan sisa bahan kimia di tebing anak sungai di kawasan perindustrian Taman Desa Tropika, Johor Jaya, petang tadi.

Penemuan itu hasil siasatan yang dijalankan pasukan penyiasat JAS dan Bomba selepas menerima aduan penduduk setempat yang mendakwa terhidu bau yang sama seperti di Kampung Melayu Pandan pada 3 September 2024 dan Taman Daya pada 5 September 2024.

Exco kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon mengesahkan perkara itu.

Katanya, pasukan bomba dan pegawai penyiasat JAS telah menjalankan siasatan sepanjang sungai berkenaan bermula jam 10.50 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal pasukan JAS dan Bomba mendapati bau terbabit serupa dengan bau yang berlaku di Kampung Melayu Pandan pada 3 September 2024 dan Taman Daya pada 5 September 2024.

“Hasil siasatan lanjut mereka telah menemui sisa bahan kimia yang mencurigakan dibuang di tebing anak sungai Kawasan Industri Taman Desa Tropika. Sample telah diambil dan dihantar ke jabatan kimia untuk analisa bagi mengenalpasti kandungan kimia berkenaan” katanya dalam satu posting di Facebooknya, petang tadi.

Pasukan JAS dan Bomba menggunakan ‘absorbent pad’ untuk membersihkan sebahagian tumpahan minyak.

Semalam JAS telah mengambil sampel air Sungai Pandan untuk analisa selepas penduduk mendakwa terhidu bau bahan kimia hingga meloyakan.

Tian Soon berkata, kerajaan negeri mengecam tindakan pihak terbabit yang jelas mengambil jalan pintas melupuskan sisa kimia secara haram.

Orang ramai mempunyai sebarang maklumat, diminta tampil menghubungi JAS Johor bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini