KUALA KRAI: Hujan lebat sejak pagi tadi menyebabkan berlaku runtuhan tanah di lereng bukit yang menghempap bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Nganga, di sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 1.40 petang.
Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati berlaku kejadian tanah runtuh yang menghempap bahagian hadapan rumah, pagar dan garaj kenderaan.
“Bagaimanapun kejadian tidak membabitkan mangsa dan kawasan yang terkesan sekitar ketinggian lebih 12 meter dan hampir tujuh meter lebar.
“Sehingga kini pergerakan tanah masih lagi berlaku,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.