KLUANG : Sebuah kereta rosak selepas tempat letak kenderaan berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kluang, di sini runtuh akibat ribut, pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
“Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan selepas pemeriksaan mendapati bahagian bumbung letak kenderaan runtuh selepas stukturnya dibadai angin dan sebuah kereta milik kakitangan sekolah dihempap bumbung terbabit.” katanya.
Tambahnya, anggota telah mengangkat bumbung yang runtuh bagi mengeluarkan kereta menggunakan ‘hydraulic telescopic ram’.
Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.