comscore
Tumpuan :
Nasional

Badan suami dalam mulut buaya – Isteri mangsa

FOTO: NSTP

SRI AMAN: Seorang lelaki warga emas maut disambar buaya ketika mengambil air di Sungai Skrang di sini pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bergegas ke lokasi insiden sejurus menerima panggilan pada jam 10.28 pagi.

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke menuju ke kawasan tebingan sungai tempat mangsa dipercayai disambar reptilia ganas itu,” ujarnya.

Maklumat awal yang diperoleh dari saksi kejadian iaitu isteri mangsa sendiri berkata, semasa insiden berlaku, mangsa yang dikenali sebagai Chaong Baringai berusia 67 tahun dikatakan sedang mengambil air sungai bagi diisi ke dalam tangki semburan racun rumpai bagi digunakannnya meracun padi dan sawit.

“Belum sempat beliau habis mengisi air ke dalam tangki berkenaan, tiba-tiba muncul seekor buaya dari arah sungai lalu menyambar mangsa,” jelasnya.

Isteri mangsa memberitahu bahawa badan suaminya itu dalam genggaman rahang buaya terbabit dan diseret ke bahagian hulu sungai.

Menurut beliau, pasukan bomba dengan bantuan penduduk kampung kemudiannya memulakan usaha pencarian mangsa dengan mensasarkan kawasan Lubuk Tekam iaitu lokasi terakhir buaya terbabit dilihat.

“Setakat jam 2 petang tadi, usaha pencarian secara permukaan masih giat dijalankan  termasuk melakukan selaman yang dijalankan oleh penduduk kampung dengan pengawasan tiga pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini