comscore
Tumpuan :
Nasional

Bachok daerah pertama di Kelantan dilanda banjir

FOTO: APM Negeri Kelantan / Facebook

KOTA BHARU: Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lalu.

Susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 30 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, setakat pukul 7 malam tadi, Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan paras amaran dengan bacaan 2.6 meter.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini