KUALA LUMPUR: Selebriti Azwan Ali yang lebih dikenali Diva AA adalah antara yang terawal tiba di pusat pengundian SK Klang Gate, Setapak.
Katanya, dia bangun 4.30 pagi dan tiba 7 pagi di pusat pengundian itu dari Semenyih.
“Mulanya ingat tak mahu mengundi. Tapi kemudian tukar fikiran, kerana setiap undi berharga.”
“Sebab itu saya minta semua pengundi yang layak, keluarlah mengundi. Jangan tangguh lagi,” katanya kepada media.