Tumpuan :
Nasional

Azmawi angkat sumpah ADUN Nenggiri

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menandatangani surat sumpah jawatan selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.-FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan berusia 38 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan turut menandatangani surat sumpah jawatan.

Mohd Azmawi Fikri menang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan pada 17 Ogos lalu dengan majoriti 3,352 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU, Mohd Rizwadi Ismail.

Pada PRK berkenaan, beliau memperoleh 9,091 undi, manakala Mohd Rizwadi meraih 5,739 undi.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun.

Ia berikutan penyandang kerusi berkenaan sebelum itu, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini