PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Azman dilantik sebagai KPPM ke-20, bagi menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali, yang bersara wajib pada awal November lalu.
KPM dalam kenyataannya, berkata Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan, Universiti Malaya (UM).
Berpengalaman lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan, Azman memulakan kerjaya sebagai guru sebelum dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Pengarah Pendidikan Negeri serta Pengetua sekolah.
Bekas peguam Anwar, pendakwa kes Najib seleweng dana SRC meninggal dunia
‘Itu hanya persepsi’ – KPM ulas kemungkinan pengetua, guru besar sembunyi kes buli
Azman juga berpengalaman dalam memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Segamat; Timbalan Pengarah Pendidikan Johor dan Pengarah Pendidikan Johor.
“Pada peringkat pengurusan tertinggi KPM, Azman berpengalaman menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).”
“Semoga pengalaman luas Azman di pelbagai peringkat dapat memacu pendidikan negara ke arah lebih cemerlang,” kata KPM
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.