Oleh: Amira Suraini Che Mohamad
KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, membantu menenangkan seorang penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Kampung Wang Ulu, di sini.
Difahamkan, Azlan singgah untuk meninjau keadaan mangsa selepas terserempak dengan kemalangan yang membabitkan motosikal dan sebuah kereta, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang selepas melawat Pusat Pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Fitri Fawzi, 27 tahun dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk rawatan.