Oleh Kumaran Rajamoney
JITRA: Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diumum sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
“Dulu KEDA dibawah pimpinan Jamil Khir, kini tempat ini telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia diberikan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, (ini untuk jadikan) jalinan agensi KKDW dan kerajaan negeri mesti dilakukan dengan paling erat.
“Peruntukan yang disediakan kepada Kedah (terutama) melalui KKDW dan juga KEDA harus dilaksana (dengan sebaiknya) kerana prestasi bukan dinilai daripada output perbelanjaan (atau peratusannya), tetapi apakah outcome (ataupun) keberhasilan yang boleh dirasai rakyat, (yang mana) rakyat (boleh) nikmat (kesannya).
“(Hal ini kerana) kepuasan hati rakyat diukur, bukan melalui berapa banyak projek tetapi manfaat yang diterima mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Al-Aqla, di sini hari ini.
Turut disampaikan, sumbangan tunai sebanyak RM12,000 kepada empat masjid oleh RISDA, manakala FELCRA memberi bantuan tunai sebanyak RM6,000 kepada dua masjid.
Bagi program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), RISDA menyalurkan bantuan kepada 10 penerima bernilai RM100,000.