comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Azam Baki dilantik semula sebagai KP SPRM

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun berkuat kuasa Jumaat ini.

Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan media dari Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan semula Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 12 Mei 2023,” katanya.

Azam mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020.

Beliau ketika itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Azam sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan suruhanjaya itu yang sebelum ini dikenali Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).

Beliau dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan dan mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya (UM) serta kelulusan Ijazah Sarjana dari Asia E-University.

Loading...
Terkini