Tumpuan :
Nasional

Azalina dilantik Pengerusi Akademi Antirasuah Antarabangsa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dilantik sebagai Pengerusi Akademi Antirasuah Antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pelantikan itu susulan kejayaan Malaysia meraih undian tertinggi dalam sejarah negara di United Nations Commission on International Trade Law untuk penggal 2025-2031.

Beliau menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti pengiktirafan terhadap usaha Malaysia dalam memerangi rasuah di peringkat antarabangsa.

“Malaysia memperoleh 179 daripada 183 undian, rekod tertinggi sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Selain itu, keanggotaan Malaysia dalam Akademi Antirasuah Antarabangsa yang dianggotai 85 negara turut mengiktiraf usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu, Malaysia diberi mandat untuk memimpin akademi ini, dan Azalina akan mempengerusikan badan antarabangsa tersebut,” kata Anwar dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini