Tumpuan :
Nasional

Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ Bukit Aman bermula 16 April ini

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Setiausaha PDRM DCP Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Datuk Seri Ayob Khan akan memulakan tugas baharu di JSJ Bukit Aman berkuat kuasa 16 April depan.

Datuk Seri Ayob Khan sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, pada 25 Januari 2021 dan mengetuai pasukan polis Johor sejak 6 Mac 2020 sebelum itu.

Loading...
Terkini