comscore
Tumpuan :
Nasional

Awas taktik ragut ‘diversion’ dan ‘chain-snatching’!

Gambatr hiasan

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Mengalihkan perhatian mangsa atau ‘diversion’ merupakan salah satu taktik sindiket peragut untuk mengelakkan aktiviti mereka disedari.

Pakar Kriminologi, Shankar Durairaja berkongsi kebiasannya mangsa dikelilingi oleh beberapa penjenayah yang berkomplot sesama mereka untuk mengalihkan perhatian mangsa.

Pakar Kriminologi, Shankar Durairaja

“Yang paling lazim, mungkin mereka akan buat lakonan di tempat tu, seperti menjatuhkan barang mengalihkan perhatian mangsa, jadi masa ‘gangguan’ tu mereka akan ambil kesempatan untuk mencuri sama ada ‘chain snatching’ atau ‘pick-pocket’.”

Bercakap kepada Buletin TV3, antara modus operandi yang kerap dijalankan bagi mengelak barang yang dicuri itu dikesan pada tangan penjenayah awal, kebiasannya penjenayah ini akan menghulurkan barang yang dicuri kepada rakan sepenjenayah yang lain, dan seterusnya memberikannya kepada ahli sindiket yang lain.

“Mereka tahu risiko perbuatan mereka ini disedari oleh mangsa, jadi mereka akan ‘pass’ barang-barang yang dicuri ini kepada beberapa tangan ahli kumpulan mereka, supaya barang itu sukar dijejak semula.”

Shankar berkata, jenayah ‘chain-snatching’ ini adalah sangat lazim di negara-negara Asia Tenggara di mana kebanyakan masyarakat suka memakai barang kemas.

Namun baru-baru ini, trend jenayah ini menjadi lebih membimbangkan kerana turut menyasarkan kanak-kanak.

Oleh kerana fizikal kanak-kanak yang lebih kecil, mangsa tidak mampu melawan sekiranya  aktiviti ragut ini disedari.

Selain itu, kanak-kanak juga sangat mudah dialihkan perhatian dan banyak memberi fokus kepada perkara lain, justeru peluang penjenayah melakukan aktiviti ragut tanpa disedari mangsa adalah lebih tinggi.

“Kalau kita tengok mereka di kawasan sesak seperti ‘funfair’, mereka mudah tertarik dengan satu-satu perkara yang berlaku di persekitaran, mereka akan tengok sini, tengok sana, mereka sampai tak tengok ke mana arah mereka berjalan.”

Sabtu lalu, tindakan seorang wanita memotong dan mencuri rantai leher seorang kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Shah Alam, Seksyen 13, memakan diri apabila dicekup polis.

Jenayah yang dipercayai turut dilakukan bersama ahli sindiket yang lain itu berjaya dirakam secara kebetulan oleh seorang pengunjung lain.

Loading...
Terkini