comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Awang Bemee, Yang Dipertua Dewan Negara ke-21


Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-21, hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan nama Datuk Awang Bemee, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih untuk jawatan tersebut.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka sejak tahun 1966 hingga 2011 berkenaan mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara pada 15 Julai lalu.

Datuk Awang Bemee dilahirkan pada 22 Jun 1959, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya merupakan pengamal undang-undang berpengalaman mengendali kes sivil dan jenayah di semua mahkamah hingga Mahkamah Persekutuan, sejak mula diterima sebagai peguam bela dan peguam cara oleh Mahkamah Tinggi Borneo pada 1984.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan juga sebagai Penasihat Undang-Undang PBB dan Pegawai Awam Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini