Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) sekitar jam 5 petang semalam. pic.twitter.com/RhdR57OduN
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 5, 2025
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) sekitar jam 5 petang semalam.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada desakan warga Palestin yang ingin mempercepatkan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin.
Menurut ATM dalam satu kenyataan, kekecohan tersebut tidak melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan.
“Pegawai dan anggota ATM yang bertugas segera bertindak untuk berbincang dengan warga Palestin yang terlibat, dan situasi tersebut berjaya dikawal dengan baik. Walaupun tidak ada kecederaan, beberapa peralatan perabot di WTKL dilaporkan mengalami kerosakan kecil.
“Warga Palestin yang terlibat dalam insiden itu akhirnya bersurai pada sekitar jam 7.30 petang,” katanya.
ATM juga mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan kekecohan yang dicetuskan warga Palestin hingga merosakkan beberapa peralatan milik WTKL.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.